Friday, 8 August 2014

Cara Mengatasi pencemaran Sungai

Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Sungai
Isu-isu yang bekaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan surat khabar. Hal ini kerana pencemaran sungai didapati telah bertambah dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran sungai.

          Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran sungai. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga sungai.Bakh kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya.’

          Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran sungai.Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan program gotong-royong membersihkan sungai.Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Sungai agar para pelajar sayangkan sungai dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan sungai.

          Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkai. Oleh itu, stesen telivisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan sungai agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah pencemaran sungai.

          Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran sungai. Pemimpin masyarakat mesti mengingati ahli masyarakat agar sentiasa menjaga sungai dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran sungai yang ada..

          Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan  yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran sungai.Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran sungai. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan sungai di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain Malah, pihak kerajaan boleh menggubal satu peruntukan perundangan baru yang mampu menghukum individu yang mencemarkan sungai dengan hukuman yang berat. Masyarakat akan berasa gerun untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan sungai apabila mengetahui betapa beratnya hukuman yang bakal menanti mereka. Jelaslah, hukuman yang berat akan menghalang masyarakat daripada terus mencemarkan sungai kita itu.Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Sungai di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga sungai.
          Akhir sekali,pencemaran sungai dapat diatasi jika mengikuti segala yang dinyata diatas. Kerjasama pihak-pihak amat dihargai.Justeru itu, jagalah keindahan sungai sebulum terlambat. Bakh kata pepatah 'Nasi menjadi bubur'. 


 by:  (zorrro)

kesan pencemaran sungai

Kesan-kesan Pencemaran Sungai


Sungai adalah sumber utama untuk semua kehidupan didunia ini. Sungai bukan sahaja berfungsi sebagai mengalirkan air sehingga destinasi yang dituju namun sungai juga bekalan minuman dan sebagainya.Pada zaman modern ini, terdapat pelbagai rintangan yang mencabar dalam era pemodenanan.Sungai sudah mula tercemar sehingga masa yang akan datang generasi – generasi anak muda tidak dapat menikmati,merasai,merenungi dan melirik kerarah sungai.Jika tidak merawati sungai ,pelbagai kesan akan menimpa kepada maksyarakat,Negara dan yang sepatutnya.

    Kesan yang sering dilihat akan pencemaran sungai yang membebankan kerajaan adalah kos .Kos pembersihan akan meningkat kerana kerajaan telah memperuntukan RM 250 juta bagi menangani ,membersihkan sungai.Ada perubahan,namun sebalik perubahannya adalah lebih kepada pencemaran sungai yang sudah mencapai tahap kritikal.Begitu juga dengan kempen’Cintai Sungai Kita’ adalah setakat dari bibir ke bibir.Tanpa usaha,apa yang di idamkan  tidak akan tercapai.Justeru itu, peruntukan yang diberi oleh kerajaan hanyalah sia –sia belaka.Peribahasa yang bersesuai adalah ‘Mencurah Air Kedaun Keladi’.

    Selain itu, pencemaran sungai juga akan memberikan kesan kepada kepupusan kehidupan akuatik.Hal ini akan menjejaskan hidupan marin seperti ikan, udang dan batu karang.Ekologi dan rantaian makanan akan semakin berkurangan.Pencemaran sungai juga adalah daripada tumpahan minyak.Kesan dari itu,tumbuhan air seperti pokok bakau dan rumpai akan terjejas.Sekiranya burung terkena minyak,ini akan menyebabkan burung itu sukar terbang dan seterusnya akan mati. Spesis terancam juga akan pupus seperti penyu.Sebagai contoh yang memberi kesan kepada kepupusan penyu adalah pembuangan plastik di perairan Terengganu yang mengakibatkan berpuluh ribu penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan. Persoalannya, salah siapa?. Lantaran itu, pencemaran sungai ini akan menatijahkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan yang dibuang ke dalam sungai dengan mudah. Akhirnya, penyebaran mikroorganisma ini akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah semakin meningkat.

    Sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran sungai ini menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat khususnya bagi para nelayan. Hal ini menyebabkan  hidupan air yang tinggal di kawasan air kotor akan berpindah habitat yang lebih selamat.Tambahan pula, Sumber pendapatan  nelayan ibarat ‘Kais Pagi makan pagi,Kais petang makan petang’. Justeru itu, para nelayan terpaksa megikat perut kerana kekurangan makanan.

.  Di samping itu, kesihatan juga akan terjejas akibat daripada pencemaran sungai kerana sumber utama hidupan adalah air. Apabila air tercemar , pelbagai penyakit akan menimpa .Justeru itu,air akan berkurangan sekiranya tidak  dicegah .Memulihkan air memerlukan kos  belanja yang tinggi.Selain itu,aktiviti seharian tidak dapat diteruskan contohnya membasuh baju,minum dan makan,mandi dan sebagainya.

   Oleh itu, pencemaran sungai boleh mengakibatkan ekonomi Negara akan jatuh merundum. Tiada sumber air tawar yang dapat dieksport ke Pasaran Antarabangsa.Justeru itu, perjanjian antarabangsa akan terbatal apabila pemintaan tidak dapat ditunaikan.Ini juga boleh mengakibatkan pergaduhan,dan permusuhan. Dengan kata lain ‘Peperangan’.Selain itu, apabila keadaan sungai menjadi kotor, sungai akan tersumbat dan mengakibatkan banjir.Itu menunjukan kesan yang amat mendukacitakan bagi seluruh kehidupan yang hidup di muka bumi itu.

   Akhir sekali,ternyata sungai amat penting bagi setiap penduduk di bumi untuk meneruskan hidup. Tambahan pula, pencemaran sungai di negara kita telah meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Senario ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan memberi kesan negatif terhadap aspek-aspek tertentu. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, bersama-samalah kita berhempas-pulas memelihara dan mengekalkan keindahan serta kebersihan sungai 


ditulis oleh. (zorro)