Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Sungai
Isu-isu yang bekaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan paparan surat khabar. Hal ini kerana pencemaran
sungai didapati telah bertambah dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, isu
pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana
banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Terdapat beberapa cara yang boleh
dilakukan untuk mengatasi pencemaran sungai.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran sungai. Hal
ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa
boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut
atau sungai. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak dalam menjaga sungai.Bakh kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari
rebungnya.’
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran sungai.Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar
supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh
menganjurkan program gotong-royong membersihkan sungai.Selain itu, pihak
sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Sungai agar para pelajar sayangkan
sungai dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan sungai.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan.
Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi
minda masyarakat memang tidak dapat disangkai. Oleh itu, stesen telivisyen
perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan sungai agar menjadi
pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi
mengatasi masalah pencemaran sungai.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah
pencemaran sungai. Pemimpin masyarakat mesti mengingati ahli masyarakat agar
sentiasa menjaga sungai dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin
masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan
berusaha mengatasi pencemaran sungai yang ada..
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah pencemaran sungai.Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai
peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran sungai.
Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan sungai di mahkamah
agar menjadi pengajaran kepada orang lain Malah, pihak kerajaan boleh menggubal
satu peruntukan perundangan baru yang mampu menghukum individu yang mencemarkan
sungai dengan hukuman yang berat. Masyarakat akan berasa gerun untuk melakukan
sesuatu yang boleh mencemarkan sungai apabila mengetahui betapa beratnya
hukuman yang bakal menanti mereka. Jelaslah, hukuman yang berat akan menghalang
masyarakat daripada terus mencemarkan sungai kita itu.Di samping itu, pihak
kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Sungai di peringkat kebangsaan
bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang betapa
pentingnya menjaga sungai.
Akhir sekali,pencemaran sungai dapat diatasi jika mengikuti segala yang dinyata diatas. Kerjasama pihak-pihak amat dihargai.Justeru itu, jagalah keindahan sungai sebulum terlambat. Bakh kata pepatah 'Nasi menjadi bubur'.
by: (zorrro)
No comments:
Post a Comment